Selasa, 24 Ogos 2010

Fantasi di alam mimpi

Aku bersama dengan abah menuju ke satu kawasan yang tak pernah kami tujui. Ada satu lorong kecil menuju ke satu kawasan yang agak lapang. Dalam perjalanan menuju ke arah letaknya kawasan lapang itu, aku sempat menoleh abah yang tidak jauh berada dibelakangku. Abah menggunakan motosikal SS2, QKN 3842. Aku tertanya-tanya di dalam hati, kenapa abah terus saja membelokkan motosikal ke haluan kiri sedangkan di sepanjang bahu jalan tebal dengan semak-samun. Mana mungkin dapat untuk membelok. Lansung tidak ada simpang. Cuma ada jalan kecil yang lurus dan cukup untuk dilalui oleh sebuah motosikal. Aku cukup hairan?? "ahh..."aku biarkan saja semua itu. Aku teruskan perjalanan menuju ke arah kawasan lapang itu. Beberapa minit saja, aku pun tiba di kawasan yang aku maksudkan sebentar tadi. Terdapat beberapa batang pokok yang tumbuh di tengah-tengah kawasan lapang itu. Sekali lagi aku tertanya-tanya dalam diri, 'kenapa boleh jadi begini?".

'Tiba-tiba, muncul seekor gajah di sebalik pokok itu!'. Aku jadi kecut. Langkahku mati seketika. "Fuh!"...aku cuba untuk mengorak sedikit langkah mendekati gajah itu.Tapi apa yang terjadi, dengan serta-merta gajah itu terbang ke atas apabila menyedari kehadiranku. "..........", aku tediam kehairanan.
Aku terus melangkah ke tempat di mana gajah itu terbang sebentar tadi. Setibanya aku di tempat yang dimaksudkan, aku cuba untuk mendepakan kedua-dua belah tangan. Aku dapat merasakan sesuatu yang yang cukup aneh ketika berada di tempat itu. Tidak tergambar bertapa peliknya apa yang aku rasakan tika itu. Sekali lagi aku angkat tangan kira-kira sama paras bahuku. Kali ini lain pula yang terjadi. Kakiku sedikit terangkat ke atas dan aku terasa seperti ada dua tangan di kedua-dua celah ketiakku yang cuba mengangkat aku ke atas. Aku biarkan saja rasa itu sehingga aku tesedar yang aku telah berada tinggi dari paras kawasan lapang itu. "Aku terbang?!!" Aku terbang ke atas. "Apa semua ni?", aku terpinga-pinga sendiri. Pelbagai perasaan takut menyelubungi aku ketika berada di atas awang-awangan. Aku terbang ke atas dengan kedua-dua belah tangan didepakan seperti mana Yesus disalibkan. Aku cuba menundukkan kepala dan melihat ke bawah,"fuh! gayat!". Tiada siapa yang tahu bertapa gayatnya aku rasakan ketika berada tinggi di awang-awangan pada masa itu.
Secara spontan, terus saja keluar sepatah perkataan dari mulutku dengan suara yang begitu lantang yang berbunyi, "Dalam Nama Tuhan YESUS!". 'Dengan serta-merta, aku terus terbang ke bawah dengan perlahan lalu mendarat semula di atas padang yang dimaksudkan tadi'. Tanganku masih lagi didepakan. Baru sedikit saja kakiku menyentuh muka bumi, terus aku dianggkat terbang semula ke atas awangan. "Cukup hairan!". Sungguh tidak aku menyangka apa yang telah terjadi pada diriku saat ini!. Dengan spontan, sekali lagi aku berteriak menyebut ayat yang sama,"Dalam Nama YESUS!" dan perbuatan yang sama terjadi. Aku 'landing' semula ke bawah. Perbuatan ini berulang sebanyak tiga kali sehinggalah kali yang ketiga dengan ayat yang sama, aku tidak lagi diterbangkan ke awangan. Kali ini aku terus berlari meninggalkan tempat itu dengan serta-merta tanpa berfikir apa-apa pun. Aku berlari sekuat-kuat hati sehinggalah aku sampai di satu kawasan lain, jauh dari tempat kejadian pelik sebentar tadi. kepenatan memakan otot-ototku ,lalu membuatkan aku terduduk dan tertunduk. Aku hembuskan nafas dengan sekuat-kuat batinku. Aku tidak lagi merasa takut seperti yang sebelumnya. Keadaan bertukar menjadi tenang...
Sebentar kemudian, aku kedengaran bunyi motosikal seperti yang pernah didengar sebelum ini. "Ha!".Aku tersentak apabila melihat kelibat jasad abah duduk di atas motosikal, betul-betul berada di hadapanku. Dia seperti sedang menunggu aku. Lantas saja aku bangun lalu berlari meluru ke arah abah. Sesampainya aku di hadapan abah, aku hanya berdiam diri. Aku tidak berkata sepatah kata pun. Mulutku terasa seperti dijahit. Tanpa membuang masa, terus saja aku naik di belakang abah sebagai pembonceng dan kami terus beredar meninggalkan kawasan itu dengan serta-merta. Dalam perjalanan, aku peluk abah dari belakang erat-erat! Sempat aku melihat baju panjang abah yang berwarna kelabu seperti baju orang yang bekerja di pejabat.
"Yong, bangun!", satu suara memecahkan kedinginan suasana pagi hari. Aku terkejut lalu terbangun dari tidur. Mataku terbeliak!. Rupa-rupanya aku bermimpi. "He...he...,bangun gik!", kak Eng mentertawakan aku saat pagi-pagi buta lagi. Aku pun tertawa kecil mengenangkan apa yang telah terjadi pada diriku. Sampai saat ini, aku masih belum ketemu dengan maksud bagi mimpiku itu.

hehe..baru blaja menulis....:) sowie erk..ngee~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan