Selasa, 24 Ogos 2010

saja-saja aku bermain dengan penulisanku...

Ku lakarkan untukmu
(hasil nukilan yeskio kiong)

Lakaran nostalgiaku bermula dengan satu pandangan yang teramat kuat daya tarikannya. kedua-dua bebola mataku terpaku ke arahnya tanpa ada bentengan lagi. 'Dia' datang meluru ke arahku dengan satu senyuman yang bisa mebuatkan aku terbang tinggi di awang-awangan. sekejur tubuh dengan gaya lenggokkan yang begitu lemah lembut meransang nafsu kelelakianku. Hatiku kacau, panas berkocak seperti terkena tusukan belati yang cukup tajam! Nafasku tersekat-sekat. Lansung tiada pergerakan. Aku kaget dan kaku. "Cukup perfect!",hatiku berkata-kata sendiri. Terpesona...!

" hai..." seungkap panggilan menerpa masuk ke dalam sapaanku seperti badai ombak tsunami yang menangkupi tubuhku. Lantas aku tersentak dari pukauan maut itu. "fuh!, apa yang terjadi pada diriku?". Aku seperti orang yang tersentak dari igauan kerana terkejut. Dengan penuh sifat kelelakian, aku sambut terpaan si 'Dia' dengan membalas "hai...". Si 'Dia' membalas,

"m...cin (bukan nama sebenar) suruh saya jumpa awak.Dia pesan bahawa dia akan kluar lewat sikit bab ada kelas lukisan".

"m...takpela, bgtau dia saya akan tunggu kat pondok menunggu k". Sambil berbicara, mataku menjadi liar untuk terus memerhatikan si 'Dia' tanpa berkedip sedikit pun. Pipi si "Dia' mulai bertukar warna merah darah yang mengungkapkan seribu erti rasa malu. Dan aku menyedarinya... Aku hanya mampu tersenyum sinis memerhati tindak balas si 'Dia'. 'Dia' sememangnya seorang gadis yang benar-benar menmpunyai sifat kewanitaan dan bisa mencairkan hatiku. 3 minit berlalu, dia mulai berpaling pandangan dengan erti mau mengatur langkah untuk berganjak dari tempatku berdiri. Satu langkah mulai diatur...

"Tunggu..!", tetiba saja aku menjeritkan satu arahan dengan nada yang tinggi kepada si 'Dia' tanpa menyedari perbuatanku itu.Si 'Dia' tersentak... sebenarnya hatiku tidak kesampaian melihat si 'Dia' yang mahu meninggalkan aku begitu sahaja. "ingin saja aku peluk dirimu dengan sekuat-kuat kekuatanku!", hatiku memberontak sendiri.

.....bersambung man......

jangan lupa ikuti lakaran nostalgia ini pada minggu hadapan...kisah yang lebih menarik akan menyusuli anda!
sabar k..hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan