Sabtu, 25 September 2010

10 orang yang pernah masuk ke neraka

Kawan2..mari kita baca cerita-cerita di bawah yg yeskio ingin kongsikan kepada anda semua, sebagaimana 10 org yg pernah masuk neraka memberikan kesaksian mereka..cerita ini mungkin pernah disiarkan, tp kali ini yeskio berharap semoga cerita ini dapat menjadi tatapan yang amat bermakna buat kita semua tidak mengira yg tua dan yg muda...
1. PDT. PHILLIP MANTOFA
Dibawa ke neraka oleh Tuhan tanggal 1 Januari 2000. Di sana beliau melihat bagaimana orang-orang yang tidak mengenal Tuhan disiksa oleh iblis terus menerus tanpa berhenti. Dia melihat jurang api tanpa dasar dan melihat wanita yang suka berselingkuh serta cowok yang suka masturbasi sedang disiksa.
2.JENNIFER PEREZ
Dibawa Tuhan ke neraka pada tanggal 2 Mei 1997. Waktu itu umurnya baru 15 tahun. Di neraka dia melihat setan-setan menyiksa jiwa-jiwa yang belum diselamatkan. Ada yang dipancung, ada yang ditusuk-tusuk badannya. Pulang dari neraka dia langsung bertobat.
3. BILL WIESE
Beliau pernah ada di neraka selama 23 menit. Di sana dia merasa sendirian, ketakutan melihat setan sedang menyiksa orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan, melihat daging terbakar dan bagaimana baunya yang membuat mual. Pengalamannya di neraka ditulis dalam buku “23 Minutes in Hell.”
4. ELIZABETH
September 2001 pada saat sedang doa syafat di gerejanya, Elizabeth dibawa Tuhan ke neraka. Di sana dia melihat bagaimana orang-orang minta tolong supaya dilepaskan dari penderitaan abadi (penderitaan selama-lamanya) di neraka, tapi sudah terlambat. Kebanyakan dari mereka digerogoti ulat yang makan daging mereka dan ada pula yang dibakar oleh api (baca ALKITAB, MARKUS 9:43-48)
5. MARY KATRIN BAXTER
Seorang hamba Tuhan yang sering dikunjungi Tuhan ini dibawa ke neraka tahun 1976. Di sana di melihat ada lembah berbentuk mangkuk yang berisi api yang tidak pernah padam (sesuai dengan ALKITAB, MARKUS 9:43-48). Di dalam api itu ada orang-orang yang tidak percaya pada Tuhan. Mereka dihukum disana selamanya. Kesaksian itu dibuat buku yang diberi judul "A Divine Revelation Of Hell.”
6. IAN MCCORMACK
Ian McCormack memang suka berenang. Suatu hari bulan Mei 1982, waktu sedang berenang di pantai dia disengat ubur-ubur. Dia langsung dibawa ke rumah sakit. Waktu dalam perjalanan ke rumah sakit itu, rohnya dibawa ke neraka. Neraka itu benar-benar gelap, tidak ada cahaya sedikitpun dan tidak bisa melihat apa-apa di sana. Tapi dia tahu, dari suara-suara yang ada di sekitarnya kalo dia sedang berada di neraka. Puji Tuhan, Tuhan mengeluarkan dia dari kegelapan dan membangkitkannya kembali.
7. (ALM) PDT. KENNETH HAGIN
Salah seorang hamba Tuhan yang pernah meninggal dan dibawa Tuhan ke neraka sampe 3 kali. Di neraka dia sempat mau dibawa masuk ke bagian terdalam oleh satu roh jahat, untungnya ada Tuhan (atau malaikat-Nya) yang mencegah Pdt. Hagin masuk. Kesaksiannya bisa dibaca di bukunya “Aku Pernah ke Neraka.”
8. P.S. DANIEL EKECHUKWU
Hamba Tuhan dari Nigeria ini mengalami kecelakaan mobil dan sudah dinyatakan meninggal. Tapi 3 hari kemudian dibangkitkan lagi oleh Reinhard Bonke. Selama 3 hari itulah beliau dibawa Tuhan ke neraka. Disana dia melihat orang-orang yang makan dagingnya sendiri, terus dimakan lagi. Terus begitu sampai selamanya.


9. REV. CHOO THOMAS
Hamba Tuhan ini terkenal dengan bukunya, “Heaven Is So Real”. Selain pernah ke surga, dia juga pernah dibawa Tuhan ke neraka sebanyak dua kali. Di neraka dia melihat orang-orang yang disiksa sampai mukanya tidak berbentuk lagi. Malahan dia tidak bisa mengenali neneknya sendiri.
10. BERNADA FERNANDEZ
Wanita latin yang tinggal di New York ini dibawa Tuhan ke neraka dan melihat proses penyiksaan abadi di sana. Yang membuat dia kaget adalah bahwa banyak orang Kristen yang dia kenal ternyata ada di neraka.

 amen...
yeskio@yahoo.com.my

17.42 Saturday 25...hari yang mendung kelabu..haru kelabu..=)

Nescafe panas campur susu cap junjung..itulah minum ptg ku hr ni..dsertakan kueh ikan rebus panas yang sangat nyaman sekali..yum yum..layan...:)!
Hari ni ku Cuma nak kongsi sesuatu yang amat simple..:) pejam sebelah mata pun you all boleh lihat n baca..atau mgkin blh nyanyikan sekali..:) wasehh!..
Ini dia..lirik lagu bidayuh salako yang mana ianya ditulis olh diri saya sendiri..la..mengada2 la plak si yeskio ni..hehe..btl la..apaka..lagu yang berjudul ‘MAJU SALAKO’. Mungkin masih ramai yang belum tau lagi lagu ini. Xpa..slow2...layan////Nampaknya lepas ni, boleh la yeskio berkongsi kepada anda semua pasal ‘bidayuh salako’ la plak..sabar k..just nantikan ia di episod yang akan datang..jeng..jeng..jeng!!:)sabar menunggu..:)JJ
(MAJU SALAKO)
HEY DIRIK URANG’K SALAKO
JAMAE RASA KITAK SAMUE’A
NUBUHAN’T SEGEK KATA, KATA SABAYA...
MULA-MULA’ A DIRIK MAOK
NAHUIK ANTARA SEKOK-SEKOK
JAIYA BARUK LAH  DIRIK DAPAT
JAJI SEGEK
C/o... SEGEK SUARA NGAN TUBUH
SABAYA..
DIRIK MOK MAJU
O..O...O......
TARUS UMPAT, MIJAWAT
NGAN JAJI..
MAJU SALAKO...
J
Makna dalam lagu..boleh dikatakan lagu patriotik la..:), yang mana ianya juga lantas merangkap cogan kata negara kita iaitu 1 MALAYSIA!:) hehe..wah!! bravo!!
___Hey kita orang salako, apa pendapat anda semua? Kita tubuhkan satu kata iaitu kata sepakat bersama(satu suara). Mula-mula sekali, kita harus mengenali antara satu dengan yang lain. Dengan cara itu, barulah kita dapat jadi ‘satu’. Satu suara dengan tubuh atau dengan erti kata lain..kata-kata yang diiringi dengan perbuatan;) yang dilakukan bersama (team) dengan harapan ingin bangkit maju ke hadapan seiring dengan bangsa-bangsa yang lain. Terus...terus bangkit dan melakukan dengan tindakan untuk merealisasikan kejayaan dalam segala apa pun yang mana akhirnya membuahkan hasil yang amat memberansangkan! Fantastic! Kini fantasi tidak lagi mustahil untuk direalisasikn menjadi realiti!..:) itu dia...:)__
yeskio@yahoo.com.my

HANDPHONE...TUHAN

“HANPHONE?..WAH...sangat hebat bila kita memiliki hp sendiri..!”
Kita lihat masa kini sudah ramai yang memiliki alat penghubung atau lebih dikenali sebagai  handphone. Ia juga telah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup kita yang digunakan untuk berhubung antara satu dengan lain tanpa mengira jarak. Bukan sahaja golongan yang dewasa yang sudah bekerja mahupun golongan koperat tetapi  golongan remaja juga kini mampu memilikinya...
“MARI SEMUA!!...kita renungkan satu kisah ini yang berkisar tentang  seorang remaja yang sering kali berhubungan dengan kekasihnya melalui handphone yang merentasi percintaan jarak jauh dan apakah yang terjadi selepas itu....”
Awalnya, remaja lelaki ini atau lebih dikenali sebagai Andy telah berkenalan dengan salah seorang gadis yang bernama Lydia yang tinggal amat jauh. Boleh dikatakan jauh antara dua benua iaitu Malaysia dan Korea. Mula perkenalan mereka adalah melalui internet (chating) dan akhirnya bertukar-tukar nombor telefon. Dari situ bermulalah bibit-bibit cinta mereka. Mereka juga selalu berhubungan antara satu dengan yang lain melalui hp...’siang tidak lagi terang dan malam tidak lagi gelap’. Semuanya terasa indah dan terasa  ‘bagai dunia aku yang punya’. Saban hari kedua-dua pasangan lelaki dan gadis ini sering kali berhubungan melalui hp sampaikan tidak menghiraukan apa pun dari segi wang ringgit, kesihatan, makan dan tidur. Andy sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli reload card hanya  untuk berhubungan dengan Lydia yang berjuta batu jauhnya. Ke mana pun Andy pergi, hp tetap turut bersamanya walaupun semasa pergi ke tandas. Hakikatnya..tanpa pengetahuan Andy, Lydia juga telah mempersendakan cintanya dengan bermain kayu tiga, berasmara dengan ramai lagi  jejaka-jejaka lain seperti mana yang dikatakan sebagai ‘kecurangan’. Namun semua itu tidak dketahui oleh Andy kerana dia telah termakan kata-kata manis dan telah ditipu oleh Lydia sampaikan dia percaya segala apa pun yang diperkatakan olehnya.
Suatu hari berlaku satu kejadian yang benar-benar telah melukakan hati  Andy. Lydia tersalah  hantar message yang berbunyi “i love you John”, dan john itu bukanlah diri Andy tetapi lelaki lain. Dari hari itu Andy menjadi tidak tentu arah dan ingin saja menamatkan riwayat hidupnya. Kesesalan dan kebodohan serta kelukaan yang amat mendalam. Dengan pemikiran yang amat singkat, Andy mencuba untuk membunuh diri dengan membuang dirinya dari atas bangunan yang sangat tinggi.
Di saat Andy berdiri di penjuru bangunan dengan niat ingin terjun, tiba –tiba kedengaran satu suara berbisik di telinganya seperti satu petanda dan warkah dari Tuhan yang berbunyi “Janganlah engkau mencobai Tuhan Allahmu!”...dan dalam masa yang sama, Andy benar-benar tersentak dengan suara dan kata-kata yang berngiang di telinganya itu sehinggakan dia rebah berlutut dan mengalirkan air mata tanda kesesalan yang teramat dalam.  Perkara ini terjadi seperti ada satu urapan yang tercurah ke atas Andy. Dia tersedar dari perbuatannya dan tindakannya yang bodoh itu lalu dia menangis sepuas-puasnya...
Dan  dari saat itu, Andy menghancurkan hp miliknya sambil berkata “nyah enkau dari hidupku!!”..hp yang selama ini menjadi alat penghubungnya yang juga telah menghancurkan hidupnya telah pun ditukarkan menjadi alkitab. Dia sering kali membaca alkitab, dan mendalami ilmu-ilmu keagamaan serta mempraktikannya selalu. Hari demi hari Andy tidak pernah meninggalkan sembayang. Dia kini hidup seperti ‘anggur yang berbuah lebat dan buahnya amat baik sekali’..’ranting-ranting yang telah  buruk habis ditebang, sebaliknya ranting baru yang lebih segar tumbuh’ malah semua keinginannya kini tercapai dan dia merasakan bahagia yang tidak ternilai harganya dengan hadirnya Tuhan dalam hidupnya. Dia juga telah meninggalkan semuanya yang pernah cuba menjatuhkannya ke dalam lembah dosa.  Kini, apa jua yang dilakukannya dan di mana pun dia serta dengan sapa pun dia berada, Tuhan tetap  yang terutama di hatinya kerana dengan hanya mendahulukan Tuhan, dia beroleh jalan yang terang dan hidup yang kekal.
Andy  juga mulai terfikir kenapakah selama ini dia tidak pernah ingat akan Tuhan sebaliknya dia alpa dengan kemewahan dunia. Apakah yang telah dia perolehi selama ini dengan berbuat begitu?? Tiada apa!..sebaliknya perkara tidak baik yang hanya melukakan hatinya sendiri yang dia peroleh.
Nah...telah kita dengar di sini apa yang telah berlaku dan jelaslah  juga bahawa harta dunia tidak bisa membuatkan kita bahagia untuk selamanya kerana harta dunia adalah fana semata-mata dan tidak kekal seperti ‘Kasih Tuhan’.
Kasih Tuhan adalah kasih yang sempurna dan kekal selama-lamanya. Tidak ada sedikit pun cacat cela. Kasih Tuhan juga tidak pernah meninggalkan atau ‘curang’ pada kita malah kasihnya sentiasa memberi kedamaian dalam hidup kita. Kasihnya juga sentiasa mencukupkan kita melebihi kasih yang ada di dunia. Tidak seperti yang telah berlaku pada lelaki itu tadi di mana si gadis telah berlaku curang terhadapnya dengan bermain kayu tiga tanpa disedari. Tetapi Tuhan tidak pernah curang! DIA adalah sahabat yang setia. DIA  juga adalah terang yang menerangi setiap kita. Cuma hanya kita sahaja yang kekadang tidak menyedari akan adanya Kasih Tuhan...
“Bagi  yang mengalami nasib seperti ini, mari dengarkan aku berkata kepadamu...Jangan bersedih. Selagi masih ada peluang bertaubat, maka bertaubatlah sebelum terlambat”. “Jgn jadikan hp harta kesanyanganmu...tetapi tukarlah semua itu dengan ‘doa’ dan hikmah serta didikan...kerana dengan beroleh hikmat kita mendapat didikan...dengan adanya didikan hidup kita terpelihara serta berjalan pada laluan yang benar. Dengan itu, “takut akan Tuhan juga adalah permulaan pengetahuan untuk kita beroleh hikmat dan apa pun yang baik lantas menjadikan kita melakukan segala sesuatu yang baik mengikut jalannya Tuhan....Dahulukan Tuhanmu, maka semuanya akan ditambahkan kepadamu. Maka, dari situlah kita akan beroleh kebahagian yang kekal”.
”sekarang anda pilihlah jalan mana yang harus anda tentukan kerana keputusan di tangan anda”...”Ampunilah hambamu ini ya Tuhan sekiranya ada tersilap kata dalam penulisan ini. Tanpa urapanMU semua ini tidak akan bisa berhasil. Terpujilah namaMU ya Tuhan. Tuhan merahmati anda semua yang menbacakan penulisan ini. AMEN”.
Hasil Penulisan dan ilham (ELDRINE ANAK AJUS)
yeskio@yahoo.com.my

Rabu, 8 September 2010

9 sept, 11.50 am...Tatoo si jablai...:)

Kawan2 sekalian. Yg tua, yg muda,yg sedang2, jantan betina, smua la senang ckp..mari sini yeskio mau crita...best o...lawak punya crita daa. Sebelum tu ku nak tanya u all, pernah makan keropok udang tak?..ala..mesti korang pernh punya la..:). K la continue crita...


Ada sorang laki ni dengan gelaran jablai atau nama sebenarnya sony. Wah! Cam nama semacam je?? hahaha..badan punya la besar. Bukan besar buncit tp besar taff taupun sasa..gagah la senang sebut. Biasa la org pergi jim selalu kan..bab tu badan jadi berketul2.hehe..tp xpa, lantak dia la. Dia punya pasal maa..

Satu hari si jablai ni mau buat tatoo la kunun. So, dia pun pergilah ke salah sebuah tmpat buat tatoo yg paling terkemuka. Di sana, ada mcm2 design tatoo..terbeliak mata si jablai tgk. Dengan penuh sombong si jablai tanya taukey, “tauke, saya mau bikin tatoo! Ganas2 punya tatoo!!”. Taukey pun jawab la..” ok, momantai!. Sini duduk. Saya bikin sama lu! Mana mau bikin?”. “sini tangn”, jawab si jablai.

Taukey pun buat la tatoo di lengan si jablai..waseh! bergaya la si jablai pas ni. Sambil buat tatoo taukey puji2 la badan si jablai yg taff tu sambil tersenyum2 dari awal sampai la siap tatoo. Si jablai pun senyum jg la tanda setuju dengan tatoo yg taukey buat.:). “ok, sudah siap! Cantik punya! Mesti ramai suka punya la! Lu jangan lisau”. Apa lagi si jablai,suka la tu..

Keesokkan harinya, si jablai pg la minum2 dgn kwan2 dia di kedai kopi. Sebelum si jablai duduk, eksen dia pg pusing2 di kedai tu dengan niat mau show off tatoo dia sama awek2 n amoi2. Kwn2 dia kebanyakkannya cina. Biasa la..Mentang2 dah buat tatoo lalu nak show off la??pakai singlet palk tu. time minum2, ada la sorang kawan si jablai ni tegur sambil senyum2..”jablai, cantik lu punya tatoo, ada tulisan cina plak tu”. Jawab la si jablai..”well, tgk org la!”. Waseh..apa lagi si jablai..menyombong. Berkata la kawan cina si jablai yang sorg lagi,”jablai, lu tau ka apa mksud tulisan cina di tangan lu?”. Jablai,”mana saya tau, itu org bikin maa..ganass!!”. hahaha..semua kawn2 si jablai punya la senyum tak henti2. Si jablai apa lagi, suka la dia org senyum. Dia ingat semua suka tgk dia bergaya dengan tatoo baru.

“aiya! Lu apa macm bikin tatoo itu macm??”. Si jablai pun pelik??..lalu si jablai balas balik,”apa mcm?? Saya punya tatoo ini ganas maa??”. Hahahaha! “lu lansung tidak tau ka itu tulisan cina?? Itu taukey tidak bagtau lu ka apa mksud tatoo lu??”. Jawab si jablai,”tidak le, dia cakap ganas saja maa”. Tak semena-mena semua kwn2 dia ketawa berabis!..

“maksud tu tatoo KEROPOK UDANG!”. Ha!!!..punya la terkejut si jablai. Keropok udang????! ..aduiyai!..hampeh si jablai...kemaluan besar dia. Senyum kambing si jablai=). Ini la dia crita si jablai yang main hentam je buat tatoo. Len kali kalau nak buat tatoo, tanya dulu kalau tak tau maksud. Klau tak, mcm si jablai la jadinya. Hahaha..2 la pasal ku tanya u all td pernah makan keropok udang ke tak??..bukan pa, tiap kali ku makan keropok tu, ku mesti ingat kisah tatoo si jablai..hahaha.lol.lucu banget. K la,Sampai di sini dulu ya..saksikan kisah yg lebih lucu akan datang!..jeng! jeng! Jengg!!..adios!:)

Sept. 7 (15:47pm)...RASA APAKAH ITU??!

In my lonely room..Cuaca hari ni mendung seperti hari semalam. Sejuk tetap menyelimuti tubuhku walaupun sbnarnya ku tak pakai selimut pun ..dah tiga lapis baju yg ku kenakan termasuk baju sangkung (cool singlet) \m/. But it’s allright , “ketahuilah bahawa kesejukan itu xkan bisa membekukan tanganku supaya ku x dapat menaip!” Waseh!~~ku just continue tiping.

Kali ni ku nak kongsi wat had hapen 2day. Huuhh! mengeluh sepanjang hari ku. Ntah la..resah, gelisah!, sedih, rasa bersalah dan segala macam feeling yg ku rasa. Buat sini tak btul, buat sana tak betul, sana sini tak betul. Degupan jantung ku pun dah tak normal. Sekejap laju skejap slow. Seperti ada yg tak kena. Memang tak kena pun. Rasa amat2 tak tenteram,chaos!, serabut pikiran. Ptut jga la rambut makin kurang...husshh!,naa kan mengeluh lagi ku..=(

Sepanjang hari ku cuba biarkan rasa itu terus bermain di kepala otak dengan harapan bertemu dengan jawapan yg pasti atas pa yg ku rasa. Akhirnya siang tertewas juga oleh kegelapan malam yg cukup pekat, tapi tak juga terjawab...keadaan semakin parah! Last2 ku bawa baring sambil tengok kipas siling berpusing. Almost 3 minit mataku tak berkelip tgk pusingan kipas. Semua terasa slow..sampaikan ku dapt melihat setiap 1 dpd 3 bilah kipas trsbut. Siling pun tembus, nampak atap! Wah..bahaya ni...! ni dah cukup kritikal bg ku. Nasib tak tgk ‘..(..)..’ sampai tembus;). Dis really putting my head on fire!

Kringgg!! Kringggggg!! Krriiinnnggg!! Panggilan dari mama, HP berdering 2 3 kali pun dah tak kedengaran di lubuk telingaku. Rasa mcm pekak semacam je. Cuma mampu ku lihat dr jauh. Ringkaskan cerita, zzzzzzz! je la ku..suasana malam sangat sunyi dan sejuk. Sepi....

Ni dia part yang paling menyeramkan...

Di malam yg sunyi itu mulalah ku dreaming (!@#$%^&*><”:
)...sorang lelaki tua yang berjubah putih muncul dalam mimpiku dengan tiba2 lalu menopang tanganku lantas membawa ku ke sebuah tempat yang saaaaaaaaangat luas dan menyeramkan!fuh! takot ku. Bergegar rasa badan bila tanganku dsentuh, berpeluh2 plak tu.Tertanya2 ku “apakah tempat ini??”. Lelaki tua itu lansung tak menjawab. Ku lihat di sebuah kawasan yang cukup luas ada ramai manusia yang sangat pelik rupa. Ada yang hangus terbakar sambil meraung2 minta tolong, ada yg berjalan dengan muka sendiri, yg dimakan binatang buas, dekerat sana sini.huh! tak terkata. Menitis air mata ku tgk semua yg terjadi. Inilah kali pertama ku bermimpi pelik cam ni. Sangat dasyat!!. Lelaki tua itu memandang ke arahku lalu tiba2 bersuara..”masih sempat”. Tak semena-mena ku jatuh tersungkur lalu bersujud dan nangis apabila mendengar kata2 itu.

Lelaki tua itu memegang kepalaku lalu berkata lagi, “pergilah..britakanlah...”.

Dengan penuh terkejut, ku buka mata terus bangun dan melihat sekeliling kot2 lelaki tua tu masih ada. Tapi ternyata ia dah tiada...fuh!..ku tersedar ku hanya bermimpi. Habis basah tubuh badanku berpeluh mcm org kehujanan. Siang pun menjelma...sekujur tubuhku terasa lemah yang amat sangat. Mungkin ini semua effect dari mimpi semalam. Duduk ku atas katil lalu berfikir kembali atas mimpi yang ku telah alami. Inikah yang membuat ku gelisah sepanjang hari td??

Apakah semua ini......??(yeskio)


Siapa yg dapt mentafsir mimpi ku ini..silalah beritahukan kepadaku..dan britakanlah semua ini..