Ceritanya bermula dengan sepatah perkataan “hai, boleh saya duduk sebelah awak?” waktu itu aku telah menghabiskan praktikal di sibu dan ingin berangkat pulang ke kampung halaman. seperti biasa, bas dari sibu akan menamatkan perjalanan di perhentian sentral kuching dan di situlah aku tiba.
Dalam perjalanan menuju ke kuching, terukirlah seribu kisah dan kenangan yang teramat manis antara..bla..bla..
sedih la mok sambung cta..jgn marah k.
sebenarnya ku nak kongsi kata2 pembakar semangat kat sini..bukan pa, ku cuma nak kongsi kat u all..dah lama juga ku kumpul ayat ini..habis surat kosmo dkerat ku..so u all blh la pilih2 k..ceh..cam bjual la plak..haha(murah2,,,)ngee~~
kalu nak ambik, just ambik..tp jgn ambik ht k..hehe..minta map awal2 mun ada pkataan yg terlebih k..:)
Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika masuk neraka.
(Sape ang katawak pangari mijawat dosa, maka ia akan nangis apabila tamak
naraka)
Kesengsaraan adalah satu pilihan.
Membalas kebaikan dengan kebaikan pada kadar segera bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya.
Janganlah kau menolak keuntungan yang sedikit kerana kamu tidak memperoleh keuntungan yang banyak.
Kalau nyata bahawa harta benda tidak dapat menangkis sakit, tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, nyatalah bhawa kesusahan yang menimpa orang kaya, serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.
Harga adalah sesuatu yang anda bayar, nilai adalah sesuatu yang anda proleh daripadanya.
Kalau hendak beroleh kemerdekaan fikiran, hendaklah biasakan hidup melarat, sengsara dan tidak terpengaruh oleh hiasan dunia.
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana cita-cita.
(sangape sampite’ idup kalo bukan’t karana cita-cita)
Apa yang ada di depan dan di belakang kita hanyalah perkara kecil jika dibanding dengan apa yang ada di dalam diri kita.
Pertandingan bola sepak selalunya dimenangi mereka yang mempunyai keinginan tinggi.
Si optimis melihat isi donat, si pesimis melihat lubang di tengah-tengah donat.
Kesihatan adalah sesuatu yang boleh membuatkan anda berasa ‘ ia masa terbaik tahun ini’.
Persekitaran yang anda diami tidak perlu wujud di dalam diri anda.
Jangan jadikan kehidupan anda begitu sukar, anda tidak akan berjaya menempuhinya.
Jangan biarkan sesuatu yang anda tidak mampu lakukan menghalang apa yang mampu anda lakukan.
Cantik seorang wanita itu, sebagai hawa tidak kerana meruntuh iman kaum adam.
Sesiapa yang terus belajar, dia kekal muda.
Suara manusia adalah organ untuk jiwa.
Hasil kerja cendekiawan hanya menjadi hebat apabila dibandingkan dengan hasil kerja cendekiawan yang lain.
Keadilan itu syurga orang dizalimi dan neraka bagi yang menzalimi.
Hiduplah seperti anda akan mati esok, belajarlah seperti anda akan hidup untuk selama-lamanya.
Sifat utama pemimpin adalah beradab dan mulia hati.
Bukanlah satu kegagalan sehinggalah anda mempelajari sesuatu daripadanya.
Saya tidak stuju dengan apa yang anda katakan tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk berkata-kata.
Apa yang dilakukan dengan baik adalah lebih baik berbanding dengan apa yang diungkapkan dengan baik.
Lakukan lebih banyak daripada yang diminta padamu.
(pijawat labih manyak daripada ang dimintak)
Segala-galanya di dalam hidup saya bergantung pada sikap saya.
(sagala-gala di da’am idupku bagantung ka olahku)
Adanya usaha yang gigih dan berterusan tanpa rasa jemu lantas menjadikan fantasi tidak lagi menjadi mustahil untuk derealisasikan menjadi reality
Anda yang menentukan sama ada sesuatu penghalang akan kekal di situ.
(diriklah ang nantuan’t sama ada panghalang akan kakal di koa)
Seseorang itu dikatakan berjaya apabila dia boleh membina asas hidup yang kukuh dengan menggunakan masalah yang datang kepadanya.
Anda tidak boleh menyayangi sesuatu tanpa mahu berusaha untuk memilikinya.
(Dirik anak dapat nyayangik segek pakara tampa maok barusaha untuk napat ia)
Permainan adalah satu kompromi antara hubungan intim dan menjauhi keintiman.
Seinci tindakan adalah lebih baik daripada sebatu teori.
Umur adalah issesuatu pemikiran tentang sesuatu perkara. Jika anda tidak memikirkannya, ia tidak membawa makna.
Jangan biarkan sesiapa saja yang datang kepada kamu pulang tanpa berasa lebih baik dan gembira.
(ame biaran’t sape-sape ajak ang atang’k ka dirik puang’k tampa marasa labih bato ngan repo)
Tiada siapa sedar tentang kemudaannya semasa dia masih muda.
Melalui lawak jenaka, anda dapat mengurangkan tekanan dalam hidup.
(malaluik lawak janaka, dirik dapat ngurangi’k takanan da’am idup)
Berpuluh tahun dari sekarang anda akan lebih kecewa di atas pekerjaan yang tidak anda lakukan berbanding yang dilakukan.
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan.
Cabaran sebenar bukan bagaimana hendak menguruskan masa, tetapi bagaimana hendak mengurus diri kita.
Aku tidak mengukur kejayaan seseorang melalui ketinggian pangkatnya, tetapi melalui kebolehannya melantun semula apabila jatuh.
Orang yang hebat adalah orang yang sederhana dalam kata-katanya tetapi hebat juga dalam tindakkannya.
Untuk berfikir adalah mudah, bertindak agak susah, yang lebih susah ialah bertindak mengikut apa yang difikirkan.
Kegembiraan dan kedukaan adalah sama..ia tidak kekal.
Orang bijak berkata; kejayaan dan kegagalan bukanlah pengakhiran.
80% penyumbang kejayaan adalah gaya penampilan.
Untuk menjamin kejayaan, bertindaklah seperti tidak akan gagal.
Aku akan menemui kejayaan di bawah jam loceng.
Semangat yang berkobar-kobar diiringi dengan ketabahan adalah kualiti sebenar untuk kejayaan.
Kita tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang ada sehingga kita menyedarinya.
Orang yang bijak akan mengatasi kegagalan dan menukarkannya kepada kejayaan.
Seandainya anda hendak berteduh di bawah pokok sambil memetik buahnya, maka anda perlu menanam pokok itu dua puluh lalu.
Orang yang bijak menganggap kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan, tetapi orang yang bebal menganggap kejayaan itu sebagai batu untuk menghempap dirinya sendiri.
Beg sandang askar tidaklah seberat rantai kaki banduan.
Jika aku tak mengalah, tak menipu, tak melarikan diri apabila ada masalah, peluang aku hanya satu, iaitu menang!.
Mengenal pasti masalah adalah separuh daripada jawapan kepada jalan penyelesaian.
A man can fail many times, but he isn’t a failure until he begins to blame somebody else.
Our prayers are answered not when we are given what we ask, but when we are challenged to be what we can be.
The one thing we can never get enough of is love and the one thing we never give enough is love.
Kita dikenali dari apa yang kita lakukan berulang kali.
Kejayaan sebenar adalah kemampuan untuk mengatasi kegagalan demi kegagalan tanpa berputus asa.
Keimanan dan ketakwaan akan dapat dlihat melalui riak air mata yang jernih, bersih dan menyenangkan.
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Ketahui apa yang terbaik yang anda suka lakukan dan dapatkan seseorang untuk membayar apa yang anda lakukan.
Siapa kita hari hari ini adalah keputusan pada masa lampau.
Lukiskan hidupmu dengan pekara yang dapat menyenangkanmu.
Mahkota orang bijak adalah kepintarannya, tajuk orang bebal adalah kebodohannya.
Ketika satu pintu kebahagian tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang lain yang dibukakan bagi kita.
Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi, jadilah apa yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Memang benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Pandanglah segala sesuatu dari kaca mata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang lain juga.
Untuk menghormati orang lain memang mudah, tetapi untuk dihormati adalah sebaliknya.
fuh..pjg jga....:) lama juga ku kumpul ni ayat2..:) 4 u all
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan